Monday, January 10, 2011

Airiz Zairi

Dah buat post special pasal perkembangan Aisha Iman, untuk abgnya Airiz Zairi mesti la ada jugak.
So here we go, lagi 2 bulan Airiz Zairi nak mencecah big 3 ni..

Pemakanan
Airiz orangnya boleh dikatakan budak yang makan apa saja. Ye, dia takder masalah kalau nak suap makanan apa-apa pun "oopps, tapi tak suka sayur". Kegemaran dia sekarang
Makanan: meehon, nasi ayam, nasi + sup, mee goreng, roti telur, jemput2 bwg, biskut oreo, jelly.
Air fav: air oren.
Buah:suka betik, epal, jambu, oren.
Sayur: dulu suka jugak ngan carrot, sekarang kalau nampak sayur dlm pinggang suh asing tepi..geram tul. Penat nak menggalakkan motto "suka makan sayur" dlm rumah ni.
Susu: sekrang, dah pandai demand nak campur dgn milo sikit, so buat susu campur la dengan milo sikit. Average minum susu dlm 3-4 kali sehari, each session tu dlm 5-6 oz. Tgk mood jugak, kekadang 8 oz pun dia harung jugak..hehe

Setakat ni dah pandai makan sendiri, be it, using hand also spoon.
Kalau makan sup dengan sudu tu still ada fail sikit2.


Fizikal
Lahir2 dah putih melepak, muka sebiji mamanya, kulit sama macam abah, hidung abah, mata mama. So far kalau org jumpa tu expresion yang sama diberi, "hensem nyer anak bujang ko "
So tidaklah saya membuat statement perasan di sini..haha
Kecil dah kena bisul dkt dgn arm-pit skali, rasenya masa umur setahun kot, kena buat small operation dkt klinik biasa, terus phobia airiz zairi nak jumpa Dr.
Bulan Oct 2010 pun dah kena chicken-pox gak sekali, yang ni lepas 2 minggu si Aisha plak kena. Jenuh mama and abah kena amik cuti jaga, sempat jugak eksport Airiz balik kg minta tolong Tok Ma jaga.

Minat dan permainan
Sekarang hasil pengaruh abahnya, minat mendalam Airiz sekarang off course jatuh kepada....
Bola! Bola!..Kalau tgk game bola dekat TV tu over sgt sorakan nya..hehe..kekadang kelakar plak tgk..suara bersorak gol tu sampai tingkat atas rumah pun boleh dgr. Punya la excited tgk.
So far abah dia suka bawak pergi tgk game bola kat luar samaada, tgk game kedai mamak, main futsal or even pergi stadium bukit jalil tgk AFF Suzuki Cup Final hari tu.
Kartoon, dulu suka upin, ipin, sponge bob, thomas and friend. Baru2 ni dok dgr sebut Ben10 plak.
Oh Ultraman still di jiwa, saya jarang bukak channel kartun sgt kat rumah, sbb tak suka sgt kartun dkt Ceria yang kekadang agak ganas and tak sesuai dgn bebudak.
So mungkin, kartun2 ni dia byk blaja dkt nursery jugak kot.
Oh satu lagi minat yang ketara adalah kereta, typical boy kot. Sangat suka menyusun kereta2 mainan dia kat rumah tu, atas lantai ke, kabinet tv ke, semua tpt dia nak susun kereta dia tu.

Motor skills
Berbanding Aisha, Airiz agak cepat perkembangan nya. Umur 11 bulan dah boleh jalan, menyulur dgn merangkak tak ingat exactly bila, but lebih cepat dr Aisha la secara amnya. Sekarang ligat dok practise main bola. Kekadang mama kena jadi partnernya, nasib aisha tak pandai lagi, so Aisha byk bertugas mengutip bola je dulu , hehe..

Percakapan
Cakap pun agak cepat jugak, sekarang dah agak clear la percakapannya but still ada la pelat sikit2 here and there. Kelakar jugak kalau dgr dia nyanyi lagu2 yang dia belajar masa nursery, tak dpt tangkap apa yang dia nyanyi pun kekadang..huhu


Tidur
Sekarang dah nap sekali sehari jerk, dlm petang cam tu la sekejap. Malam dlm kul 10-11 pm tu dah masuk tido. Anak2 saya takder masalah pasal tido malam kot, tak pernah la alami pengalaman diorang berjaga sampai tgh malam semata2 nak bermain. Ngikut perangai saya la kot, yang kul 11 lebih tu dah automatik mata tu layu nak tido. So kami ni bukan la" orang malam" macam abahnya yang boleh berjaga malam2 tgk bola sampai kul 3-4 pagi, and keesokan harinya dgn selamba pergi kerja pukul 7 pagi..hehe.

Lain-lain
Pada umur lebih kurang 2 tahun 7 bulan Airiz Zairi tidak memakai diaper lagi pada waktu siang. But malam still pakaikan CD dia, tu still in progress nak train. Kalau travel pun dah tak der masalah pasal potty ni, dia dah boleh control waktu kencing n poo-poo dia. Malam jerk..ni kena rajin skit la mamanye kot..

Overall ..Airiz Zairi, both mama and abah love u so much..
Hope u akan jadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara kelak..
Be a good boy, a good "abang" to ur sista and maybe ur future " bro and sista" later...:-)

Friday, January 7, 2011

Aisha Iman

Pemakanan
Alhamdullilah , sehingga sekarang saya berjaya meneruskan penyusuan ibu pada Aisha. 6 bulan secara eksklusif dan meneruskannya. Setakat ni dia tidak allergic pada sebarang jenis makanan. Kalau kena dengan seleranya dia akan makan dengan banyak nasi + sup. Tapi sejak dua menjak ni suka makan lauk sahaja, bila kita suap nasi mula menyembur mulutnya. Oh bila Aisha berumur 1 thn 2 bulan saya dah campur susu formula, di taska pada siangnya dia akan minum formula, malam masih menyusu secara direct dengan saya.

Mengenai breastfeeding, Aisha ni memang tak boleh dok diam, tangan dia asyik la nak menjalar ke mana2, kaki tu pun dia nak masukkan jugak dalam baju mamanya, dah macam lintang pukang pulak jadinya. Sekarang ada jugak fikir macamana nak lalui stage "cerai susu" nanti, sbb aisha merupakan baby bf yang tegar, hehe..kalau dkt rumah memang dia tak pandang lsg susu formula dia..Target menyusukan dia till 2 tahun, hopefully dpt melalui proses tu dgn mudah la nanti..kesian jugak nak cerai susu nanti..

Fizikal
Semasa baru lahir, semua agak confuse Aisha ni ikut muka siapa sebenarnya. Agak gelap sedikit berbanding Airiz. Lahir dengan 3.08 kg, quite small. Sehingga sekarang memang Aisha agak kecil sedikit berbanding teman sebaya yang tembam. Sekarang muka Aisha dah makin ikut iras abahnya. Setengah orang cakap ikut muka mamanya. Inherit from both la kot of course.

Minat dan permainan
Aisha tidak menunjukkan minat yang obvious terhadap sesuatu, tidak seperti abangnya. Bila tengok abg minat Upin ,Ipin dia pun sibuk jugak Upin, Ipin, bila tgk abgnya minat Thomas and Friends dia pun sama naik jugak. But, kalau kita bagi patung baby girl , nampak sweet sgt cara dia pegang and kiss patung tu. Rancangan TV dia tak layan sangat. Lebih minat kepada menyusun tupperware, pinggan mangkuk dekat dapur tu. Oh satu lagi Aisha sangat la suka main bekas bawang. Minat memasak kot nanti budak ni..huhu..

Motor skills
Kalau dibandingkan dengan Airiz, Aisha agak lambat sikit perkembangan motor skill nya. Mula berjalan pada umur 1 tahun 3 bulan, mula menyulur pada umur 5 bulan kalau tak silap and merangkak pada umur 10 bulan.

Percakapan
Setakat ni masih tak clear lagi butir patah perkataan nya. Macam dia nak sebut abah dia akan sebut "bah". Oh ada satu word yang dia berjaya cakap hari tu .."takut", dalam byk2 word "takut" jugak dia boleh keluarkan dulu..haha..nampak sgt byk penakut la ini budak...Dia dah patuh pada arahan yang kita bagi basically, contoh " aisha, tolong buang sampah ni dlm tong sampah dkt dapur". Dia akan go to kitchen and buang sampah di tempat yang betul.But, still Aisha suka bercakap, mulut agak bising tapi tak clear word dia.

Tidur
Waktu tidur Aisha tidak memberi banyak masalah pada saya, ptg dia akan nap sekejap pagi dlm pukul 11-12 pm, then kalau bernasib baik petang tu akan nap balik pukul 4-5pm. Malam, setakat ni memang fix , lebih kurang pukul 10-11 pm dia akan off to lalaland dah sampai la keesokannya . Biasa wake up dalam pukul 7:30 ke pukul 8 am. Even weekend pun sama bangun awal, takleh la mama nya nak tido lama sikit.
Sepanjang malam tu dia akan merengek sikit selang 3-4 jam untuk bf. So bukanlah tidur saya tanpa gangguan langsung malam2 tu.

Lain-lain
Aisha memang sgt la manja orang nya, dia lambat sikit nak adapt dengan stranger. Suka berkepit dengan mamanya kemana-mana. Kalau kena hari dia nak melekat, buat kerja rumah pun kena dukung dia, tak kira la nak basuh baju ke, masak ke, angkat baju ke, sapu sampah ke.
Satu lagi, rasenya Aisha ni memang sangat tekad orangnya, (ni berdasarkan pendapat ibunya). Ingat dulu, dua minggu nak masuk keje saya dah start perkenal botol susu pada Aisha, yah as preparation nak masuk keje kan. Rupernya dia seorang yang tegar betul, macam2 puting dah try, last skali minum guna syringe je dia kat taska, until 2 bulan jugak tu. Lama2 baru dia nak terima botol susu, penat minum guna syringe dah kot gamaknya. Macam tu jugak kalau menangis, dia akan keep crying until la dia dapat apa yang dia nak..Fuhh..letih jugak memula..huhu
Now , bila dia makin banyak boleh interact dengan kita, dgn mulut yg bising bercakap, sikap yang manja sgt, comel sgt la..geram tgk..

I love you so much Aisha. Be a good girl k...

Monday, January 3, 2011

Resolusi Tahun Baru

Setiap awal tahun kebiasaanya setiap dari kita akan menyenaraikan senarai resolusi untuk tahun baru. Samaada tercapai atau tidak bergantung lah pada diri sendiri..
Bagi saya, saya ingin listkan beberapa perkara yang saya rasa perlu dipupuk dalam diri ini untuk menjadi orang yang lebih baik pada masa hadapan.

Lebihkan membaca bahan bacaan
Yeah! semenjak tamat zaman belajar saya agak kurang membaca buku-buku. Saya ingat dulu sewaktu zaman sekolah, saya suka meminjam buku cerita , sekali pinjam 2-3 buah. Seronok membaca buku, sanggup habiskan masa seharian dok membaca buku dlm bilik dek kerana sudah tenggelam dlm keasyikan cerita buku tu.. Sekarang susah la skit nak spend masa macam tu...Tapi hopefully boleh start dgn buku2 yang boleh bagi inspirasi kepada saya. Contohnya kisah perjalanan tokoh2 yang berjaya, bagaimana mereka mengatasi kepayahan untuk muncul sebagai orang yang berjaya.

Upgrade parenting skill kepada anak-anak
Rujukan ilmu keibu bapaan memang senang untuk kita dapati hari ini. Type saja di internet , then berlambak show list untuk kita refer. Berhadapan dengan dua kanak-kanak yang sedang membesar mmg byk membentuk diri supaya lebih bersabar. Dan byk juga menjadikan diri lebih bertolak ansur. Rumah sepah, kekadang kena tutup mata sebelah..haha..kalu ikutkan hati yang serabut tgk keadaan bersepah memang la..dengan anak-anak, sejam kita kemas, sejam lagi mungkin akan bersepah balik..so for new year will try to find and apply parenting skill yang disyorkan supaya dpt membentuk anak-anak menjadi seorang yang soleh, cemerlang dan terbilang dunia dan akhirat..huhu

Start something as a hobby
Bila dilihat2 kembali pada diri, saya fikir yang perlu mempelajari kemahiran baru , yang bukan saja membolehkan saya mengisi masa terluang dengan lebih berfaedah mungkin juga dpt memberi keuntungan kepada saya suatu masa nanti.
Saya ingin sekali belajar menjahit, kalau diikutkan keturunan memang keturunan sebelah bapa adalah tukang jahit yang hebat. Mungkin saya mewarisi bakat tersebut siapa tahu. Tidak dicungkil bakat yang ada memang la rugi.....
Benda pertama yang saya perlu adalah mesin jahit...perlu berusaha ke arah itu nampaknya..

Better wife, daughter and mom
Itu azam tahun baru juga, ada niat insya-allah dipermudahkan
Ingin saya menjadi isteri yang lebih baik kepada sang suami
Lebih mendengar kata
Lebih menjaga bicara
Lebih menjaga makan minum
Lebih menghormati

Ingin saya menjadi anak yang lebih berbakti kepada ibu bapa
Lebih menghubungi
Lebih menghulurkan
Lebih meluangkan masa dan menjenguk
Lebih menghormati setiap pendapat

Ingin juga saya menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak
Lebih bertolak ansur
Lebih menyayangi
Lebih meluangkan masa bersama
Lebih menyediakan makan minum sendiri
Lebih memberikan teladan yang baik