Friday, January 7, 2011

Aisha Iman

Pemakanan
Alhamdullilah , sehingga sekarang saya berjaya meneruskan penyusuan ibu pada Aisha. 6 bulan secara eksklusif dan meneruskannya. Setakat ni dia tidak allergic pada sebarang jenis makanan. Kalau kena dengan seleranya dia akan makan dengan banyak nasi + sup. Tapi sejak dua menjak ni suka makan lauk sahaja, bila kita suap nasi mula menyembur mulutnya. Oh bila Aisha berumur 1 thn 2 bulan saya dah campur susu formula, di taska pada siangnya dia akan minum formula, malam masih menyusu secara direct dengan saya.

Mengenai breastfeeding, Aisha ni memang tak boleh dok diam, tangan dia asyik la nak menjalar ke mana2, kaki tu pun dia nak masukkan jugak dalam baju mamanya, dah macam lintang pukang pulak jadinya. Sekarang ada jugak fikir macamana nak lalui stage "cerai susu" nanti, sbb aisha merupakan baby bf yang tegar, hehe..kalau dkt rumah memang dia tak pandang lsg susu formula dia..Target menyusukan dia till 2 tahun, hopefully dpt melalui proses tu dgn mudah la nanti..kesian jugak nak cerai susu nanti..

Fizikal
Semasa baru lahir, semua agak confuse Aisha ni ikut muka siapa sebenarnya. Agak gelap sedikit berbanding Airiz. Lahir dengan 3.08 kg, quite small. Sehingga sekarang memang Aisha agak kecil sedikit berbanding teman sebaya yang tembam. Sekarang muka Aisha dah makin ikut iras abahnya. Setengah orang cakap ikut muka mamanya. Inherit from both la kot of course.

Minat dan permainan
Aisha tidak menunjukkan minat yang obvious terhadap sesuatu, tidak seperti abangnya. Bila tengok abg minat Upin ,Ipin dia pun sibuk jugak Upin, Ipin, bila tgk abgnya minat Thomas and Friends dia pun sama naik jugak. But, kalau kita bagi patung baby girl , nampak sweet sgt cara dia pegang and kiss patung tu. Rancangan TV dia tak layan sangat. Lebih minat kepada menyusun tupperware, pinggan mangkuk dekat dapur tu. Oh satu lagi Aisha sangat la suka main bekas bawang. Minat memasak kot nanti budak ni..huhu..

Motor skills
Kalau dibandingkan dengan Airiz, Aisha agak lambat sikit perkembangan motor skill nya. Mula berjalan pada umur 1 tahun 3 bulan, mula menyulur pada umur 5 bulan kalau tak silap and merangkak pada umur 10 bulan.

Percakapan
Setakat ni masih tak clear lagi butir patah perkataan nya. Macam dia nak sebut abah dia akan sebut "bah". Oh ada satu word yang dia berjaya cakap hari tu .."takut", dalam byk2 word "takut" jugak dia boleh keluarkan dulu..haha..nampak sgt byk penakut la ini budak...Dia dah patuh pada arahan yang kita bagi basically, contoh " aisha, tolong buang sampah ni dlm tong sampah dkt dapur". Dia akan go to kitchen and buang sampah di tempat yang betul.But, still Aisha suka bercakap, mulut agak bising tapi tak clear word dia.

Tidur
Waktu tidur Aisha tidak memberi banyak masalah pada saya, ptg dia akan nap sekejap pagi dlm pukul 11-12 pm, then kalau bernasib baik petang tu akan nap balik pukul 4-5pm. Malam, setakat ni memang fix , lebih kurang pukul 10-11 pm dia akan off to lalaland dah sampai la keesokannya . Biasa wake up dalam pukul 7:30 ke pukul 8 am. Even weekend pun sama bangun awal, takleh la mama nya nak tido lama sikit.
Sepanjang malam tu dia akan merengek sikit selang 3-4 jam untuk bf. So bukanlah tidur saya tanpa gangguan langsung malam2 tu.

Lain-lain
Aisha memang sgt la manja orang nya, dia lambat sikit nak adapt dengan stranger. Suka berkepit dengan mamanya kemana-mana. Kalau kena hari dia nak melekat, buat kerja rumah pun kena dukung dia, tak kira la nak basuh baju ke, masak ke, angkat baju ke, sapu sampah ke.
Satu lagi, rasenya Aisha ni memang sangat tekad orangnya, (ni berdasarkan pendapat ibunya). Ingat dulu, dua minggu nak masuk keje saya dah start perkenal botol susu pada Aisha, yah as preparation nak masuk keje kan. Rupernya dia seorang yang tegar betul, macam2 puting dah try, last skali minum guna syringe je dia kat taska, until 2 bulan jugak tu. Lama2 baru dia nak terima botol susu, penat minum guna syringe dah kot gamaknya. Macam tu jugak kalau menangis, dia akan keep crying until la dia dapat apa yang dia nak..Fuhh..letih jugak memula..huhu
Now , bila dia makin banyak boleh interact dengan kita, dgn mulut yg bising bercakap, sikap yang manja sgt, comel sgt la..geram tgk..

I love you so much Aisha. Be a good girl k...

No comments: